Laman Utama
[Date Upload : 20-07-10] Kursi Dr. Siti Hasmah Mohd Ali PDF Print E-mail

MAJLIS MEMPERKENALKAN PENYANDANG KE-2 KURSI DR. SITI HASMAH MOHD ALI

             Persatuan Siswazah Wanita Malaysia telah mengadakan Majlis Memperkenalkan Penyandang Ke-2 Kursi Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali pada 15 Jun 2010  di Balai Ilmu, Aras 1, Blok A, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

             Majlis ini bertujuan untuk memperkenalkan penyandang ke-2 bagi Kursi Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali iaitu DR. NIK MERIAM NIK SULAIMAN, Profesor, Jabatan Kejuruteraan Kimia, Universiti Malaya merangkap Pengerusi Kluster Penyelidikan “Sustainability Science” selama dua tahun mulai 10 Mei 2010. Kajian yang akan dijalankan oleh Dr. Nik Meriam  bertajuk “Transforming Sustainability Strategy into Action – The Case for the Malaysian Process Industry”.

             Dr. Nik Meriam telah dipilih oleh panel yang diketuai oleh Naib Canselor Universiti Malaya Y. Bhg. Datuk Dr. Ghauth Jasmon dan dipersetujui oleh YAB Tun Dr. Siti Hasmah selaku Penaung PSWM memandangkan kecemerlangan beliau dan kajian yang dicadangkannya didapati sangat relevan bagi pembangunan Malaysia.

             Dua media tempatan ia itu NEW STRAITS TIMES dan UTUSAN MALAYSIA telah membuat liputan pada majlis dan laporan mereka dipetik disini:

 

Petikan dari UTUSAN MALAYSIA (online) – 16 Jun 2010

Dr. Nik Meriam penyandang kursi Siti Hasmah

KUALA LUMPUR 15 Jun - Profesor Jabatan Kejuruteraan Kimia, Universiti Malaya (UM), Dr. Nik Meriam Nik Sulaiman hari ini diumumkan penyandang kedua Kursi Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali di universiti itu. Pemilihan beliau diumumkan Yang Dipertua Persatuan Siswazah Wanita Malaysia (PSWM) UM, Datin Fauziah Mohd. Ramly pada majlis memperkenalkan penyandang kedua kursi tersebut di Balai Ilmu, Akademi Pengajian Islam UM.

            Sementara itu, Penaung PSWM, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali ketika memperkenalkan penyandang kedua kursi tersebut memberitahu, ia diberikan khas kepada saintis wanita yang memberi sumbangan kepada dunia ilmiah serta menjalankan penyelidikan seiring dengan pembangunan negara. ''Saya percaya dengan peluang yang diberikan, mereka akan memperdalamkan lagi penyelidikan yang dijalankan bagi membantu manusia sejagat.

            "Selain itu, diharapkan universiti lain dapat menubuhkan kursi tambahan terutama di universiti yang telah lama ditubuhkan dan mempunyai barisan tenaga pengajar yang matang dan mantap serta mempunyai tradisi penyelidikan yang tinggi,'' katanya.

            Dalam pada itu, Dr. Siti Hasmah mengharapkan lebih ramai wanita mencatat kejayaan bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dalam pentadbiran dan pengurusan.

            ''Dalam konteks ini, saya menyeru golongan wanita supaya bekerja lebih gigih lagi terutama di tahap ketua jabatan dan dekan.

            ''Selain itu, diharap pihak berkuasa pemilihan pentadbiran juga akan membuka mata dan memberi peluang kepada barisan akademik wanita," jelasnya.

            Nik Meriam yang juga Pengerusi Kluster Penyelidikan Sains Lestari menggantikan Prof. Halijah Ibrahim.

            Pemegang kursi kedua itu mempunyai minat dalam penyelidikan alam sekitar ke arah penyertaan jurutera untuk masa depan yang lestari.

            Kursi Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali ditubuhkan pada 1997 dibiayai PSWM untuk memperingati wanita negara ini atas sumbangan dan kejayaan mereka dalam bidang pendidikan dan penyelidikan khasnya dalam sains dan teknologi.

 

Petikan dari NEW STRAITS TIMES (online) – 16 Jun 2010

New Siti Hasmah chair holder sees green future with engineers

KUALA LUMPUR: Professor Dr Nik Meriam Sulaiman is the new holder of the Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali chair at Universiti Malaya (UM).  The Sustainability Science cluster research chairman from the Department of Chemical Engineering is the second person to hold the chair after Professor Halijah Ibrahim, who held the position since Aug 26, 2003.


            Siti Hasmah, the wife of former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad, said the chair recognised and encouraged the involvement of women in the fields of research and publication.   "The Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali chair is an important project by Persatuan Siswazah Wanita Malaysia (PSWM) to provide opportunities to researchers, particularly women scientists, to contribute to national development," the PSWM patron said when introducing Nik Meriam at a ceremony at the university.

            The chair funded her research project, "Transforming Sustainability Strategy into Action: The Case for the Malaysian Process Industry", which focused on the application of a cleaner production system.  At the ceremony, Nik Meriam thanked her research team for making her project a success.  She said more researches should be carried out on the environment. These researches should include more engineers for a more sustainable future, she added. Nik Meriam was also recently appointed to the National Environmental Council.  "Cleaner production includes green technology that integrates safety, health and environment to deliver better quality products, processes or services at a more competitive price."  She said her research team was educating small businessmen involved in the batik industry in Kelantan on cleaner production methods.  They neglected waste management due to its high cost, she added.  She said they threw their waste into a river behind their houses. This waste then seeped into the ground and nearby wells.

            She said her team had advised the businessmen on how to reduce wastage and increase their income.

            Her team is working with the Department of Environment to promote cleaner production methods to reduce pollution and health risks caused by poor waste management.

"We are planning to clean up rivers polluted by the batik industry in Kota Baru."

 

Galeri gambar Majlis Kursi Dr. Siti Hasmah.

 

 
< Prev   Next >
   Copyright © 2007 Persatuan Siswazah Wanita Malaysia  
       designed by Insoft Technology