|
PROJEK TABUNG KEBAJIKAN – BANTUAN MAKANAN PELAJAR SMK BANDAR BARU SENTUL, KUALA LUMPUR Mulai Mac 2010 PSWM telah memulakan sebuah projek baru yang di beri nama Projek Tabung Kebajikan – Bantuan Makanan Pelajar. Projek akan berjalan sehingga akhir sesi persekolahan tahun 2010. Projek ini telah diilhamkan oleh YDP sebagai salah satu cara untuk persatuan melaksanakan aktiviti komuniti. Satu kempen/usaha memohon sumbangan penajaan telah dimulakan pada hujung Januari 2010 dengan menghantar surat rayuan kepada Penaung, Ahli Kehormat, Penasihat dan Ahli PSWM, serta kenalan YDP sendiri. Sementara itu, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) juga telah diminta untuk mengenal pasti sekolah dan pelajar yang layak menerima bantuan. PSWM telah berjaya menerima sumbangan penajaan berjumlah RM28750.00 daripada 25 orang individu. 50 orang pelajar dari SMK BANDAR BARU SENTUL telah dikenalpasti untuk menerima bantuan makanan ini pada kadar RM2.50 sehari bagi hari-hari persekolahan mulai MAC 2010 hingga NOVEMBER 2010. Cara bantuan dikeluarkan ialah dengan membekalkan kupon yang bernilai RM2.50 tiap keping dan pelajar boleh menggunakan kupon ini di kantin sekolah. Tiap-tiap bulan pengusaha kantin akan mengemukakan tuntutan. Selain dari penajaan tersebut diatas, PSWM juga telah mengadakan satu aktiviti bersama pelajar-pelajar SMK bandar Baru Sentul ini ia itu ceramah bertajuk ‘Kehidupan Selepas Alam Persekolahan’ yang disampaikan oleh YDP sendiri. Ceramah telah diadakan pada 2 Jun 2010 untuk 150 orang pelajar-pelajar Tingkatan 5 sempena Minggu Kerjaya sekolah berkenaan. Galeri gambar Tabung Kebajikan SMK Bandar Baru Sentul |